Penawar Kacip Emas dikeluarkan oleh syarikat milik 100% bumiputera iaitu Kacip Emas Global Sdn Bhd.

Kacip Emas Global Sdn Bhd memberi perkhidmatan yang khusus untuk memberi rawatan alternatif kepada pengidap diabetes (kencing manis). Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 oleh pengasasnya yang juga pengarah urusan, Kapten (B) Yusoff Md Saad.

Buat masa sekarang, Kacip Emas Global Sdn Bhd mempunyai sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Mergong, Alor Star, Kedah. Kilang ini mampu untuk menghasilkan produk secara moden, bersih dan komersial untuk memenuhi permintaan yang begitu menggalakkan.

Di samping itu, Kacip Emas Global Sdn Bhd telah membuka Spa Rawatan Alternatif Diebetes bertujuan untuk mendekati pesakit dengan secara dekat dan memberi rawatan dengan lebih efektif di Alor Star, Kedah.


Pekerja yang berdedikasi bagi memastikan penghantaran yang pantas dan cekap

Kawalan mutu dijalankan secara berterusan bagi memastikan kualiti produk terjamin

Perbincangan mengenai produk bagi memantapkan perkhidmatan

Kami mempunyai stok Penawar Kacip Emas yang mencukupi untuk anda semua